
Pengarahnya, Nur Zulfa Ibrahim berkata mereka terdiri daripada warga Thailand, Indonesia, dan Vietnam berusia antara 25 hingga 30 tahun.
“Mereka didapati melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 antaranya tinggal lebih masa di negara ini, tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, dan menyalahgunakan pas,” katanya menurut Bernama.
Beliau berkata, semua wanita terbabit didapati memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan pas lawatan kerja sementara serta mempunyai pekerjaan lain sebagai tukang cuci pejabat, pembantu restoran, dan pekerja spa.
Menurut Nur Zulfa, mereka dikatakan cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan memberi alasan datang ke pusat hiburan berkenaan atas jemputan rakan selain mahu meraikan hari lahir kenalan kepada rakan, tetapi sebenarnya menjadi peneman kepada lelaki yang datang berhibur di situ.
“Operasi bermula 11.15 malam itu dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa imigresen Pulau Pinang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK) Izham Idris,” katanya menambah semua ditahan dibawa ke Depoh Imigresen Juru untuk siasatan lanjut.