Polis siasat kes gaduh di kafe, dipercayai babit anak bekas exco

Polis siasat kes gaduh di kafe, dipercayai babit anak bekas exco

Kejadian dipercayai berlaku pada 11 Mei lepas dan polis telah menerima laporan daripada pihak terbabit.

cafe fight
Tular di media sosial pergaduhan di sebuah kafe di Jalan Sultan Ahmad Shah, George Town, dipercayai berlaku pada 11 Mei, membabitkan anak bekas exco Pulau Pinang.
GEORGE TOWN:
Polis sedang menyiasat kejadian pergaduhan yang tular melibatkan beberapa individu dipercayai termasuk anak bekas exco Pulau Pinang di sebuah kafe di Jalan Sultan Ahmad Shah baru-baru ini.

Ketua Polis Timur Laut Razlam Ab Hamid berkata, kejadian itu berlaku pada 11 Mei lepas dan pihaknya telah menerima laporan daripada kedua-dua pihak berhubung kejadian itu.

“Setakat ini, tiada tangkapan dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

Video berdurasi 43 saat itu memaparkan pergaduhan beberapa individu termasuk dua wanita.

Difahamkan salah seorang yang terlibat dalam pergaduhan itu ialah anak bekas exco bergelar ‘Datuk’ yang pernah berkhidmat dengan kerajaan negeri pada 1999 hingga 2018.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.