
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Perlis, Asrul Aimran Abd Jalil, berkata Wan Badariah, 47, masih dipantau doktor.
“Setakat ini keadaan YB exco semakin stabil, beliau sekarang sedang menjalani proses rawatan susulan lagi di hospital dan dipantau pihak doktor termasuk dari segi penggunaan ubat yang diberikan,” katanya kepada FMT.
Asrul yang juga ketua penerangan PAS Perlis turut memaklumkan tugas Wan Badariah kini dijalankan pegawai pusat khidmat DUN berkenaan sambil dibantu Adun lain.
Sebelum ini, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, berkata Wan Badariah yang juga exco kemajuan pelancongan, kebudayaan, kesenian & warisan dan pemerkasaan wanita, keluarga & masyarakat ditidurkan selepas mengalami komplikasi jantung dan paru-paru.