
PETALING JAYA: Harapan semakin pudar untuk melihat Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Hossein Amir-Abdollahian terselamat dalam nahas helikopter, semalam.
Reuters memetik pegawai Iran sebagai berkata demikian selepas pasukan penyelamat menemui kawasan bangkai pesawat itu terhempas, hari ini.
Raisi dilaporkan berada dalam penerbangan pulang dari satu majlis merasmikan sebuah empangan di sempadan Iran dan Azerbaijan apabila helikopter dinaikinya terhempas ketika hendak mendarat di Wilayah Varzaqan, pada Ahad.
Antara individu lain yang turut menaiki helikopter itu termasuk Gabenor Wilayah Azerbaijan Timur Malek Rahmati, Imam Solat Jumaat Bandar Tabriz Hojjatoleslam Al Hashem.