Banjir di Perak pulih

Banjir di Perak pulih

Pusat pemindahan sementara terakhir di SK Matang di Taiping tutup pada 3 petang tadi dan semua mangsa pulang ke kediaman masing-masing.

pps
Tiga hari lepas, tiga daerah di Perak dilanda banjir iaitu Taiping, Kuala Kangsar dan Hulu Perak sehingga memaksa lebih 500 mangsa berlindung di 10 PPS.(Gambar Bernama)
IPOH:
Banjir di Perak pulih sepenuhnya selepas semua mangsa telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak dalam kenyataan memaklumkan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir yang beroperasi di daerah Taiping iaitu SK Matang ditutup pada 3 petang tadi.

Jumlah mangsa terakhir yang terlibat membabitkan 11 orang daripada tiga keluarga.

Kenyataan itu turut memaklumkan dua jalan iaitu FT 004 Jalan Raya Timur Barat (Kupang Gerik-Jeli) dan FT 1152 Felda Trolak Selatan, masing-masing dibuka satu lorong akibat kejadian tanah runtuh.

Tiga hari lepas, tiga daerah di Perak dilanda banjir iaitu Taiping, Kuala Kangsar dan Hulu Perak sehingga memaksa lebih 500 mangsa berlindung di 10 PPS.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.