Semoga mereka kalangan syuhada, doa Agong buat 2 polis terkorban

Semoga mereka kalangan syuhada, doa Agong buat 2 polis terkorban

Sultan Ibrahim menyifatkan mereka sebagai wira negara.

sultan ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih atas tragedi serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram, pagi tadi. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi.

“Al-Fatihah buat dua wira negara yang terkorban dalam tragedi ini. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda menerusi catatan di Facebook.

Dalam kejadian 2.45 pagi itu, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis masing-masing berusia 22 tahun dan suspek yang berusia 21 tahun, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan cedera.

Polis menerusi hantaran di laman Facebook rasmi, mengesahkan dua anggota polis yang meninggal dunia dalam kejadian serangan itu ialah Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Muhamad Syafiq Ahmad Said.

Allahyarham Ahmad Azza Fahmi dan Allahyarham Muhamad Syafiq merupakan anggota ronda cegah jenayah di balai polis tersebut dan baru sahaja berkhidmat dengan pasukan lebih kurang dua tahun, menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.