
Sebelum ini, tular notis tulisan tangan didakwa berlaku di sebuah hospital pakar Kedah menyatakan ia kekurangan doktor dan masa menunggu rawatan sehingga lima jam.
Norizan berkata, pihaknya mengambil maklum notis tular itu.
Katanya, penempatan pegawai perubatan di sesebuah hospital ditentukan pengarah hospital mengikut justifikasi dan keperluan semasa.
Menurutnya, perkhidmatan klinik pakar di hospital berpakar melalui sistem temu janji secara berperingkat dan berjadual bagi mengelakkan masa menunggu panjang.
“JKN sentiasa komited dan prihatin dengan penyampaian perkhidmatan kesihatan bermutu kepada pelanggan tanpa menjejaskan kebajikan anggota bertugas.
“Pembahagian sumber manusia di peringkat Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kategori pakar dan pegawai perubatan di seluruh hospital KKM selari dengan beban tugas semasa,” katanya menurut Sinar Harian.
Norizan berkata, JKN Kedah sentiasa terbuka terhadap sebarang cadangan dan pandangan melalui saluran betul demi meningkatkan mutu serta kualiti perkhidmatan kesihatan kepada pelanggan.