Balai Polis Ulu Tiram diserang, 2 anggota polis maut

Balai Polis Ulu Tiram diserang, 2 anggota polis maut

Ketua Polis Johor M Kumar berkata seorang lagi anggota polis turut cedera manakala suspek dilaporkan mati ditembak di lokasi kejadian.

ULU TIRAM BALAI
Insiden awal pagi tadi di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, melibatkan suspek  bertopeng bersenjatakan pistol dan parang. (Gambar Bernama)
JOHOR BAHRU:
Dua anggota polis disahkan maut manakala seorang cedera dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi.

Ketua Polis Johor M Kumar yang mengesahkan perkara itu berkata insiden pada 2.45 pagi itu, melibatkan suspek yang bertopeng bersenjata pistol dan parang.

Suspek bagaimanapun turut dilaporkan mati ditembak di lokasi kejadian.

Susulan itu, polis merampas sepucuk pistol Walther P99 dan Selaras HK MP5 daripada suspek.

Bagaimanapun, maklumat selanjutnya akan diumumkan oleh Ketua Polis Negara Razarudin Husain yang tiba di lokasi pagi ini.

Jenazah dua anggota dan seorang yang maut serta anggota yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Ismail di sini, untuk bedah siasat dan rawatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.