PM rakam jutaan penghargaan buat pendidik

PM rakam jutaan penghargaan buat pendidik

Anwar Ibrahim berkata melahirkan anak bangsa berjaya jadi dambaan semua justeru memerlukan komitmen dan dukungan para guru.

anwar ibrahim
Perdana Menteri Anwar , berkata mahu sistem pendidikan negara terus dipertingkat. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Anwar berkata dalam konteks membentuk masa depan anak bangsa, komitmen serta peranan dan dukungan para guru adalah perkara yang paling penting.

“Melahirkan anak bangsa yang berjaya adalah dambaan semua, tidak hanya di pihak pembuat kebajikan.

“Justeru, jutaan penghargaan kepada guru-guru dan negara ini perlukan kebersamaan kalian terutamanya dalam usaha mewujudkan generasi penerus yang Madani dan berketerampilan,” katanya.

Pada masa sama, Anwar berkata sistem pendidikan negara harus dipertingkat agar Malaysia dapat memastikan akses yang sama dalam meraih ilmu pengetahuan serta tingkat moral yang tinggi.

Bagi sambutan Hari Guru tahun ini, Kementerian Pendidikan mengangkat tema ‘Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani’ dengan sambutan peringkat kebangsaan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.