
Menterinya Aaron Ago Dagang berkata daripada jumlah itu sebanyak RM11 juta diperuntuk untuk kepada bidang ekonomi dan sara hidup
serta keselamatan dan ketahanan komuniti.
Menurutnya, selebihnya disalur untuk bidang kepimpinan, kesejahteraan komuniti, pembelajaran sepanjang hayat, alam sekitar, warisan dan budaya serta daya cipta.
Di bawah bidang ekonomi dan sara hidup, beliau berkata inisiatif membantu meningkatkan produktiviti komuniti giat dijalankan melalui pelaksanaan pembuatan produk akhir dari hasil pertanian selain mengoptimumkan penggunaan tanah terbiar.
Tambahnya, melalui jumlah itu, RM992,590 diperuntuk bagi meningkatkan keselamatan dan ketahanan komuniti termasuk penggantian fasiliti keselamatan Skim Rondaan Sukarela (SRS) serta pembekalan tiga set Walkie Talkie bagi kegunaan penyaluran maklumat keselamatan semasa rondaan.
“RM1,945,620 pula diperuntuk bagi pembekalan 58 kabin SRS baru dan pembaikan kabin sedia ada di 12 kawasan SRS bagi meningkatkan aktiviti rondaan SRS dan keselamatan serta kesejahteraan masyarakat setempat,” katanya sempena Majlis Peluncuran Inisiatif Pemerkasaan Rukun Tetangga Sebagai Penggerak Komuniti Progresif di Banting.
Beliau berkata, program pembangunan dan latihan direncanakan dengan peruntukan lebih RM2 juta yang meliputi kursus-kursus seperti teknologi pertanian, pembangunan produk makanan, dan latihan keusahawanan.
Katanya, sejumlah RM4 juta juga diperuntukkan bagi bidang lain termasuk kepimpinan, kesejahteraan komuniti, warisan dan budaya, alam sekitar serta daya cipta.
“Melalui usaha ini, peranan Rukun Tetangga akan diperkasa sebagai penghubung penting dalam komuniti melalui peningkatan keupayaan dan kerjasama strategik,” katanya.
Aaron berkata kementerian juga akan memperkasakan 116 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) supaya lebih progresif dalam menjana dan meningkatkan tahap ekonomi komuniti di seluruh negara bermula April.