Nungsari dilantik sebagai pengerusi MAHB

Nungsari dilantik sebagai pengerusi MAHB

Nungsari Ahmad Radhi menggantikan Zainun Ali yang akan memegang jawatan sebagai pengarah.

Menurut MAHB, Nungsari Ahmad Radhi mempunyai pengalaman meluas dalam industri penerbangan terutamanya sebagai pesuruhjaya dan seterusnya pengerusi eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia.
KUALA LUMPUR:
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengumumkan pelantikan Nungsari Ahmad Radhi sebagai pengerusinya berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Zainun Ali yang akan memegang jawatan sebagai pengarah.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat pengurusan lapangan terbang itu berkata Nungsari mempunyai pengalaman luas dalam industri penerbangan.

“Beliau telah berkhidmat terutamanya sebagai pesuruhjaya Suruhanjaya Penerbangan Malaysia sejak penubuhannya dan seterusnya sebagai pengerusi eksekutif bermula Julai 2018 hingga April 2020.

“Beliau juga merupakan ahli ekonomi yang pada masa ini adalah ahli bukan eksekutif bebas lembaga pengarah Bank Negara Malaysia dan ahli jawatankuasa penasihat dasar kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara,” katanya.

Sementara itu, MAHB berkata sepanjang berkhidmat sebagai pengerusi, Zainun sangat teliti dalam memastikan piawaian yang tertinggi bagi tadbir urus korporat dan integriti dipertahankan dalam kumpulan, dan melaksanakan peranan penting dalam perbincangan mengenai perjanjian operasi baharu MAHB dengan kerajaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.