6 terperangkap atas batu akibat kepala air

6 terperangkap atas batu akibat kepala air

Tiga remaja berusia 14, dua lagi berusia 16 dan 17 tahun serta seorang kanak-kanak 10 tahun terperangkap atas batu sungai akibat kepala air susulan hujan lebat.

Bomba menyelamatkan mangsa yang terperangkap atas batu akibat kepala air di Kampung Tebing Tinggi, Nilai. (Gambar JBPM)
NILAI:
Lima remaja dan seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas selepas terperangkap di atas batu di tengah Sungai Batang Labu Batu 9, Kampung Tebing Tinggi, dalam kejadian kepala air, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai, Bakarya Mohd Salleh, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 5 petang sebelum sembilan anggota BBP Nilai dan tiga anggota bomba sukarela terbabit dalam operasi menyelamat mangsa.

Katanya, mangsa terdiri tiga remaja berusia 14, dua lagi berusia 16 dan 17 tahun dan seorang kanak-kanak 10 tahun terperangkap di atas batu sungai akibat kepala air susulan hujan lebat.

“Menurut mangsa, mereka sedang mencari telefon yang jatuh…pihak kami menggunakan teknik penyelamatan ‘high line’ bagi membawa keluar mangsa ke tempat selamat menggunakan jaket keselamatan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, semua mangsa diselamatkan pada 6.40 petang dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.