Pusat mengundi SJKC Bukit Fraser tutup awal

Pusat mengundi SJKC Bukit Fraser tutup awal

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Yuhanas Auree Kamaruddin mengesahkan pusat pengundian yang mempunyai 40 pengundi itu tutup pada 2 petang.

pusat undi tutup
Pusat mengundi di SJKC Bukit Fraser yang memiliki 40 orang pengundi ditutup pada jam 2 petang tadi. (Gambar Bernama) 
HULU SELANGOR:
Satu daripada 18 pusat pengundian bagi PRK Kuala Kubu Baharu ditutup awal, iaitu pada pukul 2 petang.

Pusat mengundi di SJKC Bukit Fraser yang memiliki 40 orang pengundi ditutup, manakala baki 17 lagi pusat pengundian akan ditutup pada 6 petang.

Penutupan pusat pengundian itu disahkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Yuhanas Auree Kamaruddin kepada Bernama.

Peti undi kemudian akan dibawa oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi iaitu di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.

Sementara itu menurut SPR peratusan keluar mengundi yang direkod setakat 2 petang adalah 44.68%.

PRK KKB menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.