PH menang KKB majoriti lebih 3,000, dakwa Asyraf

PH menang KKB majoriti lebih 3,000, dakwa Asyraf

Setiausaha agung Umno berkata calon kerajaan perpaduan menang dengan majoriti besar.

PANG SOCK TAO
Calon PH Pang Sock Tao daripada DAP memperoleh 11,818 undi setakat 8 malam.
PETALING JAYA:
Pakatan Harapan menang PRK Kuala Kubu Baharu dengan majoriti lebih 3,000 undi, dakwa Asyraf Wajdi Dusuki.

“Tahniah parti Pakatan Harapan mewakili kerajaan perpaduan memenangi pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu dengan majoriti besar lebih 3,869 undi,” kata setiausaha agung Umno di Facebook.

Pengerusi PH Anwar Ibrahim yang berada di majlis Ulang Tahun ke-25 PKR mengucapkan tahniah kepada calon gabungan itu, Pang Sock Tao atas kemenangannya.

Beliau turut berterima kasih kepada Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook atas usaha partinya dalam memastikan kemenangan PH.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat 8 malam, Pang daripada DAP memperoleh 11,818 undi manakala Perikatan Nasional diwakili Khairul Azhari Saut mendapat 8,303 undi.

Calon Parti Rakyat Malaysia Hafizah Zainuddin dan bebas Nyau Ke Xin masing-masing mendapat 128 dan 159 undi.

Kemenangan Pang sekali gus mengekalkan kerusi DUN milik DAP itu bagi penggal keempat. Beliau menggantikan penyandang, Lee Kee Hiong, yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya 2013.

Lee dipilih semula pada 2018 dan 2023. Kerusi itu kosong apabila beliau meninggal dunia akibat kanser pada Mac lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.