Kereta junam ke sungai, wanita maut

Kereta junam ke sungai, wanita maut

Kenderaan dipandu mangsa berusia 40 tahun itu disyaki terbabas lalu tenggelam ke dasar sungai.

terjun sungai
Wanita meninggal dunia selepas kereta dipandu terjunam ke sungai, dalam kejadian di Kepala Batas.
KEPALA BATAS:
Wanita maut selepas kereta dipandu dipercayai terbabas sebelum terjunam dalam sungai, dekat Jalan Lahar Kepar Penaga, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Pulau Pinang, memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada 7.39 pagi dan menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba Kuala Muda, dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba Butterworth ke lokasi kejadian.

“Anggota penyelamat yang melakukan penyelaman telah menemukan sebuah kereta jenis Perodua Alza di dasar sungai dan terdapat seorang mangsa perempuan berumur 40 tahun di dalam kenderaan berkenaan.

“Mangsa Siti Hawa Mohd Isa berjaya dikeluarkan pada 9.55 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada 10.06 pagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.