
“Datuk SUK (setiausaha kerajaan negeri) dan menteri besar (Ahmad Samsuri Mokhtar) jangan bimbang (peruntukan bagi kenaikan gaji penjawat awam).
“Kalau ada keperluan, insya-Allah kerajaan persekutuan akan bantu supaya tiada pegawai kerajaan yang ketinggalan termasuk di negeri-negeri,” katanya menurut Kosmo, pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani Terengganu, di Kompleks Sukan Gong Badak.
Anwar berkata, keputusan menaikkan gaji penjawat awam mulai 1 Dis ini adalah muktamad.
Beliau yakin cadangan itu akan diluluskan Parlimen memandangkan blok kerajaan mempunyai majoriti 2/3 di Dewan Rakyat.
Pada 1 Mei sempena sambutan Hari Pekerja di Putrajaya, Anwar yang juga menteri kewangan mengumumkan kenaikan lebih 13%, melibatkan peruntukan lebih RM10 bilion.
Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang diperincikan juga akan meningkatkan gaji minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan, berbanding ketika ini menyaksikan jumlah pendapatan minimum termasuk gaji dan elaun tetap RM1,795 sebulan.