Malaysia-Turki bincang muktamad perolehan kapal misi pesisir

Malaysia-Turki bincang muktamad perolehan kapal misi pesisir

Menteri pertahanan berkata LMS penting kerana ia salah satu kapal digunakan tentera laut.

Menteri Pertahanan Khaled Nordin pada sidang media selepas melancarkan hab operasi Turkish Aerospace Malaysia (Tusas Malaysia Sdn Bhd).
CYBERJAYA:
Malaysia dan Turki mengadakan perbincangan bagi memuktamadkan perolehan kapal misi pesisir (LMS), kata Menteri Pertahanan Khaled Nordin.

Beliau berkata, LMS penting kerana ia merupakan salah satu kapal digunakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Kita sedang memuktamadkan LMS, yang penting negara ada (LMS). Kita sedang bincang dengan Turki untuk memuktamadkan perolehan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan hab operasi Turkish Aerospace Malaysia (Tusas Malaysia Sdn Bhd).

Semalam, Bernama melaporkan pembina kapal Turki, Turkiye Savunma Teknolojieri Muhendiskil (STM) optimis memeterai perjanjian membekalkan LMS kelompok kedua jenis korvet kelas-Ada kepada TLDM.

Pengurus Besar STM, Ozgur Guleryuz, berkata perbincangan dengan TLDM dan Kementerian Pertahanan mengenai perkara itu selama hampir dua tahun berjalan lancar setakat ini.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai jemputan Turki untuk Malaysia menjadi rakan kongsi dalam projek pembangunan pesawat pejuang generasi kelimanya iaitu KAAN, Khaled berkata beliau percaya kedua-dua negara boleh meneroka kerjasama bukan sahaja dalam bentuk pesawat tetapi komponennya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.