
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Shahril Mokhtar, berkata pembedahan kedua Faisal bagi memulihkan kecederaannya berjalan selama tiga jam.
“Keadaan Faisal stabil dan saya akan melawat dia hari ini untuk mengetahui status terkini,” katanya menurut Harian Metro.
Terdahulu, pemain Harimau Malaya yang juga penjaring gol tercantik Piala Asia itu dilaporkan disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di ibu kota.
Faisal mengalami kelecuran tahap empat di beberapa bahagian badan seperti muka, leher dan tangan.
Semalam, Faisal dilaporkan kritikal selepas menjalani pembedahan pertama di sebuah hospital swasta.
Akibat kecederaan dialaminya, tangan kiri pemain sayap itu sukar bergerak, sekali gus menimbulkan persoalan tentang masa depan kerjayanya.