Adun pembangkang terpaksa buat pinjaman bantu rakyat, dakwa Tuan Ibrahim

Adun pembangkang terpaksa buat pinjaman bantu rakyat, dakwa Tuan Ibrahim

Ketua Pembangkang Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ia antara alternatif untuk membayar sewa pusat khidmat DUN dan gaji pekerja.

Tuan Ibrahim Tuan Man membandingkan RM30,000 diberikan kerajaan Pahang kepada semua Adun PN setiap tahun dengan peruntukan pembangunan RM200,000 hingga RM300,000 diterima pembangkang di negeri lain.
PETALING JAYA:
Ketua Pembangkang Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa ada Adun terpaksa membuat pinjaman bank untuk membantu rakyat, walaupun kerajaan negeri menyalurkan peruntukan.

Katanya ia antara alternatif untuk membayar sewa pusat khidmat DUN dan gaji pekerja.

“Kita bayang (kan) setiap kali hendak bayar sewa pejabat RM2,000 sebulan dan belum masuk (hendak bantu) rakyat yang susah datang jumpa. Ini kita terpaksa hadapi,” katanya menurut Sinar Harian dalam sidang media di DUN Pahang.

Beliau membandingkan RM30,000 yang disalurkan kerajaan Pahang kepada semua wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) setiap tahun dengan peruntukan pembangunan di negeri lain antara RM200,000 hingga RM300,000 kepada pembangkang melalui pejabat daerah.

“Macam Perak bagi RM6,000 sebulan kepada pembangkang untuk membayar sewa pusat khidmat dan bayar gaji pekerja.

“Pahang, kita dapat RM30,000 setahun dan RM5,000 sebagai peruntukan kepada Adun pembangkang, tetapi sumbangan itu (RM5,000) itu diberikan pada Ramadan untuk diagihkan kepada masjid.”

Sebelum ini, pembangkang dilaporkan kecewa kerana kerajaan negeri didakwa tidak mengagihkan peruntukan sama rata kepada wakil rakyat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.