Timbalan menteri lapor polis dakwaan bekas Adun

Timbalan menteri lapor polis dakwaan bekas Adun

Timbalan Menteri Perpaduan K Saraswathy mendakwa bekas Adun Bagan Dalam Satees Muniandy menuduhnya melakukan jenayah cukai.

Timbalan Menteri Perpaduan K Saraswathy berkata ada pihak berkonspirasi menyebarkan berita palsu berhubungnya demi kepentingan diri mereka. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Timbalan Menteri Perpaduan K Saraswathy membuat laporan polis terhadap bekas Adun Bagan Dalam Satees Muniandy yang dikatakan menuduhnya tidak membayar cukai.

Saraswathy daripada PKR mendakwa ahli Urimai itu membuat dakwaan berkenaan dalam video yang dikongsi di media sosial.

Katanya ini menyusul poster tersebar di WhatsApp mendakwa beliau berhutang hampir RM190,000 dalam tunggakan cukai pendapatan, dengan sebuah portal berita kemudiannya menyiarkan dakwaan itu tanpa mengesahkannya.

“Berita palsu ini tentang saya disebarkan untuk mencemarkan nama baik saya sebagai ahli politik dan timbalan menteri dalam kerajaan perpaduan.

“(Ada) pihak berkonspirasi menyebarkan berita palsu tentang saya demi kepentingan diri atau kepentingan politik mereka.”

Sementara itu, Ketua Polis Putrajaya A Asmadi Abdul Aziz berkata polis sudah mengambil keterangan Saraswathy susulan laporannya.

Katanya polis akan memohon perintah menyiasat daripada timbalan pendakwa raya sebelum membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas penggunaan kemudahan rangkaian secara tidak wajar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.