Speaker Dewan Negara dirawat di IJN

Speaker Dewan Negara dirawat di IJN

Pejabat Speaker Dewan Negara memohon semua pihak tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung status kesihatan Mutang Tagal.

Mutang Tagal dilaporkan mengalami masalah kesihatan ketika lawatan ke Azerbajian. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Speaker Dewan Negara Mutang Tagal sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) setibanya di Malaysia dari Azerbaijan semalam.

Pejabat Speaker Dewan Negara memohon semua pihak tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung status kesihatan Mutang.

“Sebarang maklumat akan dimaklumkan oleh pejabat ini mengikut keadaan semasa.

“Keluarga Mutang mengucapkan ribuan terima kasih atas kiriman doa yang diberikan untuk beliau dan menghargai ruang masa yang diberikan kepada mereka dalam tempoh rawatan ini,” katanya dalam kenyataan.

Mutang mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Dunia mengenai Dialog Antara Budaya di Baku, Azerbaijan dari 1 hingga 3 Mei lalu.

Sebelum menghadiri forum itu, beliau melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Ilham Aliyev, Perdana Menteri, Ali Asadov dan Speaker Milli Majlis Republik Azerbaijan Sahiba Gafarova serta menghadiri mesyuarat dan taklimat pemain industri di negara itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.