
Ia susulan insiden serangan asid melibatkan pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim, menyebabkan pemain kebangsaan itu terpaksa menjalani rawatan susulan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Kami sedang berbincang dengan pihak berkaitan berkait perkara itu dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL Stuart Ramalingam kepada FMT.
Beliau mengulas sama ada perlawanan dijadual berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, di Iskandar Puteri, akan ditangguh.
Terdahulu, Ramalingam dilaporkan sebagai berkata, ‘setakat ini’ perlawanan diteruskan seperti dijadualkan.
Katanya, kedua-dua pasukan tidak mengemukakan permintaan bagi aksi berkenaan ditangguh.
Suspek kedua melibatkan kes serangan asid terhadap Faisal pada Ahad, ditahan di Bandar Baru Bangi, semalam.
Suspek pertama didapati tidak mempunyai kaitan berkait insiden serangan, walaupun selepas itu dia ditahan semula atas kesalahan dadah.
Siasatan kes itu kini diambil alih Unit Siasatan Terkelas Bukit Aman.