2 rakyat Malaysia cedera letupan bom di Narathiwat

2 rakyat Malaysia cedera letupan bom di Narathiwat

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi mengesahkan dua mangsa dari Kelantan itu cedera ringan.

Keadaan di lokasi letupan bom di Jalan Phu Pha Phakdi, daerah Mueang, Narathiwat pada malam Isnin. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Dua rakyat Malaysia antara lapan mangsa cedera dalam letupan bom di wilayah Narathiwat malam tadi.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi yang dilaporkan Sinar Harian mengesahkan dua mangsa dari Kelantan itu cedera ringan.

Dalam kejadian 9.35 malam Isnin, lebih lima motosikal dilaporkan terbakar di Jalan Phu Pha Phakdi, daerah Mueang dipercayai akibat bom dipasang padanya, dengan semua mangsa berusia 20 hingga 30-an hanya cedera ringan.

Seorang penduduk di Narathiwat dikenali Mael, 46, ketika dihubungi akhbar itu terkejut dengan letupan berkenaan yang didengar dengan jelas kerana jarak lokasi hanya kira-kira 500m dari rumahnya.

“Ini merupakan kejadian pertama di kawasan bandar, biasanya ia terjadi di luar bandar serta tidak melibatkan orang awam,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.