
PETALING JAYA: Akaun WhatsApp milik bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin digodam pihak yang tidak bertanggungjawab sejak tengah hari tadi.
Pejabat bekas perdana menteri ke-8 itu dalam kenyataan, memaklumkan satu laporan polis akan dibuat berkait insiden itu.
“Akaun whatsapp Muhyiddin telah digodam dari 12.00 tengah hari tadi. Mohon kepada mereka yang menerima mesej selepas waktu tersebut untuk tidak melayan dan mengendahkan mesej dipercayai scammer.
“Satu laporan polis akan dibuat dan pihak kami sedang berusaha untuk mengaktifkan semula akaun Whatsapp beliau,” menurut kenyataan itu.