BJAK akui isu dibangkit JPJ, giat pertingkat pengalaman pengguna

BJAK akui isu dibangkit JPJ, giat pertingkat pengalaman pengguna

Terdahulu JPJ berkata pihaknya mahupun Kementerian Pengangkutan tidak pernah beri kelulusan kepada BJAK sedia khidmat urus niaga perbaharui cukai itu.

BJAK
BJAK berkata, penawaran pembaharuan cukai jalan itu adalah ‘perkhidmatan pilihan’ untuk pelanggannya dan beroperasi seperti biasa.
PETALING JAYA:
BJAK Sdn Bhd (BJAK) sedang aktif bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi meningkatkan pengalaman bagi semua pemilik kenderaan, selain mengakui isu dibangkit Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menerusi kenyataan, BJAK berkata penawaran pembaharuan cukai jalan itu adalah ‘perkhidmatan pilihan’ untuk pelanggannya dan beroperasi seperti biasa.

“Platform lain biasanya mengenakan bayaran yang berkisar dari RM3.00 hingga RM11.00 untuk perkhidmatan pembaharuan, BJAK telah menjadikan perkhidmatan pilihan ini percuma untuk semua pelanggan.

“Perkhidmatan pembaharuan cukai jalan BJAK kini ditawarkan kepada pelanggan tanpa sebarang caj, sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk menjadikan pembaharuan lebih mudah dan berkesan dari segi kos bagi pelanggannya,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, JPJ berkata pihaknya mahupun Kementerian Pengangkutan tidak pernah memberi kelulusan kepada BJAK untuk menyediakan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan kepada orang ramai.

Dalam kenyataan, JPJ menjelaskan iklan dikeluarkan syarikat itu di media sosial dan laman sesawangnya juga adalah tidak benar dan mengelirukan.

JPJ juga memaklumkan ia menerima beberapa aduan daripada orang ramai apabila pembaharuan cukai dilakukan, namun tempoh sah lakunya tidak dikemas kini.

Justeru, JPJ menasihatkan orang ramai berhati-hati dengan platform menawarkan perkhidmatan memperbaharui cukai jalan yang tidak sah bagi mengelakkan penipuan, serta boleh menyalurkan aduan rasmi kepada JPJ menerusi portal rasminya di https://jpj.spab.gov.my/.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.