
Di Chengdu, He Ji Ting-Ren Xiang Yu membuka laluan untuk China selepas menewaskan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dengan 18-21, 21-19, 21-12.
Terdahulu, percubaan Malaysia menerusi Leong Jun Hao dipatahkan oleh jaguh China, Li Shi Feng, dengan 21-17, 21-10.
Jaguh negara, Lee Zii Jia, tewas pada aksi pembukaan di tangan jaguh China, Shi Yu Qi dengan 19-21, 5-21.
Malaysia meraih mata pertama menerusi Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, yang menundukkan pasangan nombor satu dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang, dengan 15-21, 21-12 dan 21-17.
Malaysia membuat penampilan separuh akhir pertama Piala Thomas, dalam tempoh lapan tahun sejak edisi 2016 di Kunshan.
Indonesia menerjah ke final tanpa membenarkan China Taipei meraih sebarang mata.