
Syed Hamid memaklumkan kepada Lembaga Pengarah dan pengurusan mengenai keputusannya untuk meletak jawatan tanpa menyatakan sebabnya.
“Sejak saya dilantik sebagai pengerusi pada Ogos 2021, saya telah diberi peluang untuk memberikan bimbingan dan nasihat dalam menyokong WIEF melalui pelbagai inisiatif dan projek global yang tertumpu kepada perkongsian ilmu,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, WIEF telah menerajui agenda ekonomi yang tertumpu kepada masa depan yang lebih mampan untuk semua, dengan usaha yayasan meningkatkan hubungan pelbagai hala dalam kalangan negara terlibat.
“Ia adalah perjalanan yang amat bermakna dan saya meninggalkan yayasan ini dengan berat hati. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Lembaga Pengarah dan pengurusan, kerajaan Malaysia, badan kerajaan dan bukan kerajaan serta penyumbang, penyokong dan peserta dari seluruh dunia atas semangat kerjasama dan sokongan yang baik diberikan kepada WIEF sepanjang tempoh perkhidmatan saya,” katanya.
Beliau turut berharap WIEF akan terus mengekalkan peranannya dan mencapai kejayaan dengan ketelusan dan tadbir urus yang telah dilaksanakan dengan cekap.
Yayasan WIEF, badan penganjur acara tahunan WIEF, terdiri daripada lembaga pemegang amanah yang disokong oleh panel penasihat antarabangsa dan sekretariat tetap yang berpangkalan di Kuala Lumpur.