Malaysia merosot ke tangga 107 indeks kebebasan media

Malaysia merosot ke tangga 107 indeks kebebasan media

Malaysia jatuh 34 anak tangga apabila memperoleh skor 52.07 mata berbanding 62.83 pada tahun lalu.

Dalam Indeks Kebebasan Media Dunia tahun lalu, Malaysia memperoleh skor 62.83 mata apabila melonjak 40 anak tangga ke kedudukan 73 berbanding pada 2022.
Dalam Indeks Kebebasan Media Dunia tahun lalu, Malaysia memperoleh skor 62.83 mata apabila melonjak 40 anak tangga ke kedudukan 73 berbanding pada 2022.
PETALING JAYA:
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia jatuh 34 anak tangga ke kedudukan ke-107 berbanding 73 tahun lalu.

Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Reporters Without Borders (RSF) hari ini menunjukkan Malaysia memperoleh skor 52.07 mata.

Pada tahun lalu, Malaysia memperoleh skor 62.83 mata apabila melonjak 40 anak tangga ke kedudukan ke-73 berbanding pada 2022 apabila menduduki tangga ke-113 dengan 51.55 mata.

Berada di tangga ke-107 bermakna Malaysia berada di bawah negara jiran Thailand (87) tetapi di kedudukan kedua dalam kalangan negara Asean iaitu Indonesia (111), Brunei (117), Singapura (126), Filipina (134), Kemboja (151), Laos (153), Myanmar (171) dan Vietnam (174).

Bagaimanapun, Malaysia berada di bawah negara seperti Nepal (74), Serbia (98), Israel (101), Mozambique (105), dan Maldives (106).

Indeks itu yang diterbitkan di laman sesawang RSF membandingkan tahap kebebasan media di 180 negara dan rantau di seluruh dunia.

Pada tahun lalu, Amnesty International mendakwa kebebasan bersuara di Malaysia merosot selepas lebih setahun kerajaan perpaduan berkuasa.

Bagaimanapun, jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil menafikan dakwaan itu dan berkata tiada wartawan ditangkap atau portal berita ditutup sepanjang kerajaan perpaduan berkuasa.

Fahmi juga menegaskan “ada perbezaan antara kebebasan bersuara dengan fitnah”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.