
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Saifulbahri Safar berkata, mangsa ditemui pada jarak 130m dari lokasi kejadian pada 11.15 malam.
Beliau berkata, tujuh anggota termasuk Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dengan dua jentera dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 5.59 petang.
“Pasukan keluaran operasi melakukan pencarian di permukaan air sepanjang tebing sungai kira-kira 800m dari kawasan mangsa dilaporkan terjatuh.
“Anggota PPDA membuat selaman dan menemui mangsa 130m dari lokasi kejadian dengan kedalaman air 4m,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.