Bukan sekadar cakap tapi tak tahu laksana, Azalina ulas cadangan sebat di khalayak

Bukan sekadar cakap tapi tak tahu laksana, Azalina ulas cadangan sebat di khalayak

Menteri undang-undang respons cadangan exco Terengganu timbang hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said, berkata bukan mudah cadangan itu dilaksana kerana perlu pindaan menyeluruh undang-undang.
HULU SELANGOR:
Tiada sebarang perbincangan di antara kerajaan Terengganu dan kerajaan persekutuan berhubung cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said, berkata cadangan berkenaan tidak mudah dilaksanakan kerana pengurusan kes jenayah syariah turut melibatkan bantuan daripada agensi pusat, antaranya polis bagi tujuan penahanan dan Jabatan Penjara untuk pemenjaraan.

“Negeri ada polis sendiri? Penjara sendiri? Siapa sebat?…Nak hukum orang pun banyak undang-undang di bawah agensi kerajaan pusat. Jadi, perlu lihat secara menyeluruh bukan sekadar cakap tapi tidak tahu siapa pelaksananya…jadi macam-macam pertikaian.

“Kalau nak laksana pun, perlu pindaan menyeluruh kepada undang-undang sedia ada termasuk kuasa di peringkat kerajaan negeri kerana kita negara merdeka, ada akta dan Perlembagaan, ada senarai bidang kuasa kerajaan negeri dan kerajaan pusat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke bangunan Mahkamah Kuala Kubu Baharu.

Azalina mengulas kenyataan Exco Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu Muhammad Khalil Abdul Hadi semalam, mengenai kerajaan negeri sedang mempertimbangkan cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak dan ia sebagai usaha memperkasa pelaksanaan undang-undang syariah Islam di negeri itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.