MoU tenaga kerja Indonesia akan disemak semula

MoU tenaga kerja Indonesia akan disemak semula

Menteri tenaga kerja Indonesia berkata, memorandum persefahaman itu akan diperbaharui sejajar perkembangan dan keadaan semasa.

Menteri tenaga kerja Indonesia berharap Malaysia akan menambah baik dasar tenaga kerja asingnya dari segi kebajikan dan perlindungan buat pekerja migran Indonesia.
PETALING JAYA:
Malaysia dan Indonesia bersetuju memperbaharui memorandum persefahaman (MoU) mengenai pekerja migran republik itu, kata menteri tenaga kerja Indonesia.

Ida Fauziyah dalam kenyataan dikeluarkan di Jakarta berkata, perjanjian itu akan disemak semula untuk diselaraskan dengan perkembangan dan keadaan semasa.

Bernama melaporkan beliau mengadakan perbincangan dengan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim di Kuala Lumpur pada Ahad berhubung isu pekerja asing.

Beliau berharap Sim akan menambah baik dasar tenaga kerja asing di Malaysia dari segi kebajikan dan perlindungan buat pekerja migran Indonesia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.