
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Kepulauan Jawa, Indonesia pada 12.29 tengah malam tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan, memaklumkan pusat gempa itu terletak di 8.2 darjah selatan dan 107.2 darjah timur iaitu 147km selatan dari Sukabumi, dengan kedalaman 70km.
“Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu.