Polis Jerman sita Bugatti ‘rare’ dalam siasatan berkait 1MDB

Polis Jerman sita Bugatti ‘rare’ dalam siasatan berkait 1MDB

Empat Bugatti Veyron yang disita pihak berkuasa Jerman itu dikatakan edisi khas, yang mana hanya 18 buah dibina.

bugatti
Polis Jerman dilaporkan menyita empat kereta super Bugatti Veyron edisi terhad di Munich. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Polis Jerman dilapor menyita empat kereta super Bugatti Veyron edisi khas di Munich, awal minggu ini, dalam siasatan ke atas skandal 1MDB.

Akhbar Jerman, Bild, melaporkan empat kereta super itu disita daripada sebuah kemudahan penyimpanan persendirian.

Empat kenderaan itu dikatakan tergolong dalam siri “Legends”, yang mana hanya 18 buah dibina dalam enam spesifikasi.

Polis Malaysia belum terima maklumat tentang siasatan pihak berkuasa Jerman itu, menurut laporan media yang memetik Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

Razarudin dilapor berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mungkin akan siasat.

Empat kereta yang disita itu dilaporkan daripada barisan model (line) Rembrandt, Black Bess, Jean-Pierre Wimille, dan Meo Constantini, yang pernah dijual pada harga RM14 juta.

Bild bagaimanapun berkata nilai sebenar kenderaan-kenderaan ini sukar dianggarkan dan jarang dijual secara lelongan awam.

FMT sedang mendapatkan komen SPRM.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.