Kerajaan sedia hadapi perubahan ibadah haji susulan konflik Timur Tengah

Kerajaan sedia hadapi perubahan ibadah haji susulan konflik Timur Tengah

Timbalan Menteri Agama, Zulkifli Hasan berkata Lembaga TH mempunyai ekosistem pengurusan haji terbaik dan sentiasa menjadi rujukan dunia serta diiktiraf Arab Saudi.

mekah mecca
Timbalan Menteri Agama, Zulkifli Hasan berkata TH mempunyai sistem sokongan bagi memastikan jemaah dapat menunaikan haji dengan selamat serta sempurna. (Gambar Reuters)
PETALING JAYA:
Kerajaan sedia menghadapi sebarang perubahan yang mungkin timbul ketika musim haji susulan konflik di Timur Tengah, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan.

Katanya, Lembaga Tabung Haji (TH) mempunyai sistem sokongan menyeluruh dan kukuh bagi memastikan jemaah dapat menunaikan haji dengan selamat serta sempurna.

“TH mempunyai sistem sokongan yang menyeluruh dan kukuh, jadi apa yang terjadi insya Allah kita sudah bersedia.

“Ini antara kelebihan TH yang mempunyai keseluruhan ekosistem pengurusan haji terbaik dan sentiasa menjadi rujukan dunia serta diiktiraf kerajaan Arab Saudi,” katanya menurut Harian Metro selepas majlis Aidilfitri di Maahad Tarbiyah Islamiah Derang, Pokok Sena.

Media sebelum ini melaporkan jemaah haji dinasihatkan tidak bimbang dengan keselamatan mereka ketika menunaikan ibadah haji susulan konflik di Timur Tengah ketika ini.

Pengarah Eksekutif Haji TH, Syed Saleh Syed Abdul Rahman dilaporkan berkata, menjadi tanggungjawab kerajaan Malaysia dan Saudi memfokuskan aspek keselamatan jemaah haji bagi membolehkan mereka melaksanakan ibadah dengan sempurna.

Zulkifli berkata, TH akan memberi maklumat terkini dari semasa ke semasa jika berlaku sebarang perubahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.