Pak Lah dirawat di IJN, kata KJ

Pak Lah dirawat di IJN, kata KJ

Khairy Jamaluddin memaklumkan bapa mentuanya dirawat akibat kekurangan oksigen dalam badan.

Abdullah Ahmad Badawi
Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi perdana menteri dari 2003 hingga 2009 turut mengalami demensia. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Khairy Jamaluddin memaklumkan bapa mentuanya yang juga bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Khairy berkata Abdullah yang mesra dipanggil Pak Lah dimasukkan ke IJN sejak petang semalam akibat “small spontaneous pneumothorax” atau kekurangan oksigen dalam badan.

“Beliau berada dalam keadaan yang stabil dan mash berada di CCU IJN sekarang ini untuk pemantauan doktor.

“Alhamdulillah, beliau berada dalam keadaan baik namun memerlukan rehat yang secukupnya,” katanya dalam catatan di IG Story Instagram.

Khairy yang juga bekas menteri kesihatan berkata Abdullah tidak dibenarkan menerima pelawat buat masa ini, namun beliau dan keluarga menghargai doa dan kata-kata semangat buat negarawan itu.

“Saya mewakili seluruh ahli keluarga amat menghargai doa serta kata-kata semangat yang dititipkan buat beliau tetapi pihak IJN menasihatkan agar beliau tidak menerima pelawat buat masa ini.”

Proses rawatan Abdullah yang juga bekas Ahli Parlimen Kepala Batas dipantau pakar Kardiologi IJN Dr Azmee Ghazi.

Pada September 2022, Khairy buat pertama kalinya mendedahkan mengenai penyakit demensia dihidapi Abdullah.

Khairy yang juga bekas ketua Pemuda Umno berkata Abdullah mula menunjukkan tanda kemerosotan kognitif (cognitive impairment) sejak 2009 selepas beliau bersara daripada jawatan perdana menteri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.