
Sebaliknya, Amirudin menjelaskan kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) mencadangkan lokasinya dipindah ke kawasan lebih besar iaitu di tapak pasar malam Bukit Sentosa, namun ditolak.
“Beberapa hari lepas PN (Bersatu) sebut kita bimbang kerana itu batalkan jamuan raya mereka, siapa kata kita bimbang? Dia nak buat di suatu tempat di Batang Kali, saya semak dengan PBT tempat itu (Pusat Perdagangan Ara) agak sempit.
“Saya cadangkan tempat lagi besar iaitu di tapak pasar malam Bukit Sentosa…maklumlah nak datang pun bekas perdana menteri (Muhyiddin Yassin),” katanya ketika berucap pada majlis pengumuman calon PH PRK Kuala Kubu Baharu.
“Dia tak nak pergi tempat lagi besar, dia pilih tempat lebih kecil lepas tu merengek macam anak kecil…mereka (PN) ini, apa pun mereka akan guna, apa pun mereka akan cuba putar.”
Dalam catatan di Facebook pada 17 April lalu, Azmin yang juga pengerusi PN Selangor mendakwa kerajaan negeri membatalkan rumah terbuka yang akan dianjurkan Bersatu di Pusat Perdagangan Ara.
Setiausaha Akhbar Amirudin, Jay Jay Denis, kemudian menafikan dakwaan Azmin dengan menjelaskan venue itu sudah dikhaskan untuk acara lain.
Bersatu meneruskan rumah terbuka di pusat rekreasi Lembah Fraser Kuala Kubu Baharu di Hulu Selangor, Ahad lalu.