Menteri pertahanan pantas urus tragedi helikopter TLDM, kata PAS

Menteri pertahanan pantas urus tragedi helikopter TLDM, kata PAS

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga 10 anggota TLDM yang maut dalam tragedi dua helikopter terhempas.

Menteri Pertahanan Khaled Nordin ke lokasi nahas dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, semalam. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) semalam.

Merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata pihaknya turut mengalu-alukan tindakan menteri termasuk membatalkan acara sambutan ulang tahun ke-90 TLDM dan digantikan dengan majlis tahlil dan doa selamat Jumaat ini.

“PAS juga menyambut baik jaminan beliau untuk bukan sahaja membantu menguruskan jenazah mangsa, tetapi juga mengurus semua manfaat serta faedah yang sewajarnya diterima oleh balu dan keluarga mangsa bagi menjaga kebajikan mereka.

“Walaupun tidak menetapkan had masa untuk menyediakan laporan interim kejadian, jaminan menteri untuk melakukannya, selain keputusan kementerian untuk menubuhkan sebuah lembaga siasatan TLDM bagi mengenal pasti punca kejadian adalah langkah yang tepat dan sewajarnya disegerakan tanpa lengah,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian 9.32 pagi Selasa, dua helikopter TLDM terhempas di Lumut ketika sedang menjalani raptai lintas hormat untuk kali ketiga sempena sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung Sabtu ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.