
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dalam kenyataan memaklumkan pengedaran BPT LPP dilaksanakan melalui penglibatan bersama Pertubuhan Peladang Negeri dan Pertubuhan Peladang Kawasan yang berpotensi di seluruh Malaysia.
“Pengagihan itu melibatkan sebanyak 103 Pertubuhan Peladang (PP) melalui outlet-outlet pemasaran PP seperti Peladang Outlet, Agrobazar PP, dan Kedai Peladang.
“Pada 2023, sebanyak 2,101 tan metrik (210,100 kampit) BPT dibuat edaran dengan nilai kos belian RM5,357,550,” menurut kenyataan itu.
LPP turut memaklumkan sebanyak 34 program Jualan Agro Madani (JAM) dilaksanakan setakat semalam dengan nilai jualan RM1,094,242 membabitkan penjimatan RM136,741 dan turut menyasarkan 78 program jualan itu dilaksanakan tahun ini.
Pada 2023, sebanyak 114 program JAM dilaksanakan dengan nilai jualan RM2,150,000 dan penjimatan sebanyak RM470,000 membabitkan 954 usahawan dengan anggaran pengunjung mencecah 250,000 orang.