ECRL 64% siap, pemasangan sistem mula bulan depan

ECRL 64% siap, pemasangan sistem mula bulan depan

CEO Malaysia Rail Link Sdn Bhd berkata, kerja pemasangan sistem itu bagi membolehkan pemasangan landasan dari Dungun ke Kota Bharu dilaksanakan hujung Disember ini.

Projek ECRL
Projek ECRL mencatat kemajuan 64.01% setakat bulan lalu bagi keseluruhan jajaran merangkumi empat negeri di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor. (Gambar Bernama)
KOTA BHARU:
Kerja pemasangan di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan pembinaan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi bagi pengoperasian kereta api penumpang dan kargo dijangka bermula bulan depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd, Darwis Abdul Razak berkata, ini selepas kerja pemasangan landasan dari Gebeng, Pahang ke Dungun, Terengganu sepanjang 92km sudah siap sepenuhnya.

Katanya, kerja pemasangan sistem itu bagi membolehkan pemasangan landasan dari Dungun ke Kota Bharu di Kelantan dilaksanakan hujung Disember ini.

“Selain itu, projek ECRL mencatat kemajuan 64.01% setakat Mac 2024 bagi keseluruhan jajaran merangkumi empat negeri, iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor,” katanya selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bersama ECRL di sini.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook dilaporkan yakin projek ECRL dapat disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 dan mula beroperasi Januari 2027.

Projek ECRL sepanjang 665km membabitkan 20 stesen memasuki fasa baharu pembinaan sejak 2023, merangkumi kerja infrastruktur seperti pemasangan rasuk jejambat, landasan, pembinaan stesen dan depot kereta api.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.