Dilarang guna gajet, budak 11 tahun cuba terjun bangunan

Dilarang guna gajet, budak 11 tahun cuba terjun bangunan

Bomba berkata pihaknya mengambil masa tujuh minit memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.

Bomba berkata kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun itu cuba terjun dari bangunan dua tingkat sebuah pusat tahfiz di Kampar pagi tadi kerana tidak dibenarkan menggunakan gajet.
IPOH:
Dipercayai tertekan akibat dilarang menggunakan gajet atau peranti komunikasi, seorang kanak-kanak perempuan 11 tahun cuba terjun dari bangunan dua tingkat sebuah pusat tahfiz dekat Kampar.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.

“Kami menerima panggilan kecemasan sekitar 8.30 pagi dan setiba di lokasi kejadian kanak-kanak tersebut masih berada di atas bumbung sebuah bangunan dua tingkat setinggi kira-kira empat meter dalam keadaan berdiam diri.

“Anggota kami berjaya memujuk dan membawa turun kanak-kanak itu. Difahamkan, kanak-kanak itu ingin pulang ke rumahnya di Kampung Batu Putih, Kampar disebabkan peraturan di pusat itu yang tidak membenarkan gajet dibawa ke situ,” katanya.

Beliau berkata, kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa pulang oleh keluarganya ke kediaman mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.