
Presiden Amanah, Mohamad Sabu, berkata beliau bertemu Muhammad Muhammad Taib di kediamannya tengah hari tadi.
“Sebelum ini beliau menyatakan komitmen kepada perdana menteri untuk membantu kempen calon kerajaan perpaduan di PRK Kuala Kubu Baharu. Hari ini beliau mengulangi komitmen yang sama kepada saya,” katanya di Facebook.
Muhammad merupakan menteri besar Selangor ke-12, dan berkhidmat dari Ogos 1986 hingga April 1997. Beliau juga pernah menjadi naib presiden Umno.
Mohamad turut menyifatkan bekas Adun Batang Kali empat penggal itu sebagai “sahabat lama”.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini, dengan 27 April sebagai hari penamaan calon.
PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong dari DAP, pada 21 Mac lalu.