
Ketua Polis Terengganu Mazli Mazlan, berkata mangsa yang tertarik dengan testimoni kejayaan pelabur saham kemudiannya mendaftarkan diri menerusi platform diberikan syarikat itu, pada 6 Feb lalu.
“Selain maklumat berkaitan saham, kumpulan WhatsApp itu turut diselitkan dengan testimoni pelabur yang kononnya telah menerima keuntungan yang lumayan. Syarikat juga menawarkan untuk menanggung 75% kerugian sekiranya pelaburan saham dibuat mengalami kejatuhan.
“Ia adalah modus operandi suspek untuk mengaburi mangsa bagi membuat pelaburan yang tidak wujud,” katanya menurut Bernama
Mazli berkata, mangsa yang terperdaya telah memindahkan wang RM625,577 ke akaun syarikat itu bermula 12 Feb lalu.
Bagaimanapun, pada 6 April, mangsa mendapati dia telah dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp berkenaan dan kumpulan tersebut juga didapati sudah tidak aktif.
“Mangsa membuat laporan polis pada 16 April lepas setelah gagal menghubungi pihak syarikat.
“Polis sehubungan itu menasihati orang ramai supaya membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pelaburan dengan mana-mana syarikat,” katanya.