
Hal ini kerana Umno adalah sebuah parti kebangsaan yang memperjuangkan nasib rakyat di seluruh negara, termasuk Sabah, kata presidennya itu.
Kemasukan Umno ke Sabah adalah atas keinginan rakyat negeri itu sendiri, jelasnya.
Malah, katanya, Datu Mustapha Datu Harun, presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) ketika itu, mahukan “percantuman” jiwa antara rakyat Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
“Umno asalnya tiada hasrat untuk masuk ke Sabah tetapi dijemput oleh orang Sabah. Rakyat Sabah yang mahukan Umno bersama-sama berkembang di negeri ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Umno Putatan, lapor Bernama.
Timbalan perdana menteri itu berkata, kerja kuat, kesatupaduan rakyat Sabah, khususnya peribumi dan bumiputera Sabah, membuatkan Umno menjadi gemilang dan menjadi kerajaan.
Dalam pada itu, beliau yakin ujian sukar yang sedang dihadapi rakyat Sabah dan Umno sekarang akan membawa kejayaan kepada parti.
“Apa yang sedang kita alami ini, jika berlaku peristiwa besar pada tahun ini, mungkin kalau tidak di pertengahan tahun, di tiga perempat tahun atau selewat-lewatnya tahun depan, saya yakin kalaulah ini semangat yang diperlihatkan, kemenangan akan memihak kepada kita,” katanya.