Budak 2 tahun lemas jatuh tasik

Budak 2 tahun lemas jatuh tasik

Mangsa sebelum itu diketahui terjatuh dalam tasik berhampiran sebuah masjid di Seri Iskandar berdasarkan maklumat keluarganya.

budak lemas bomba
Mayat kanak-kanak berusia 2 tahun yang dipercayai lemas ditemukan pada 4.25 petang tadi, kira-kira 3m dari tebing tasik berhampiran Masjid UTP di Seri Iskandar, Perak. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lemas setelah terjatuh ke dalam tasik berhampiran sebuah masjid di Seri iskandar, Perak.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa diketahui terjatuh ke dalam tasik di Masjid Universiti Teknologi Petronas (UTP) itu berdasarkan maklumat diperoleh daripada keluarga mangsa yang berada di masjid itu untuk menunaikan solat Zuhur.

Sabarodzi berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar menerima panggilan kecemasan pada 1.29 tengah hari dan jentera tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu menunjukkan kanak-kanak tersebut berada bersebelahan dengan tasik berkenaan.

“Mangsa ditemui pada 4.25 petang, kira-kira 3m dari tebing tasik berkenaan,” katanya, lapor Bernama.

Sementara itu, Ketua Polis Perak Tengah Hafezul Helmi Hamzah dalam kenyataan berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Changkat Melintang, Bota, untuk bedah siasat malam ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak, tambahnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pengawai Penyiasat Mohamad Zulkarnaiin Jusoh di talian 013-9740294 untuk membantu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.