
Dalam saman yang difailkan pada Mei 2022, Shahril mendakwa Rafizi membuat kenyataan fitnah berkait gaji diterimanya.
Menurut kenyataan bersama oleh kedua-dua pihak terbabit, Rafizi bersetuju mengeluarkan kenyataan-kenyataan berkaitan daripada laman sesawang beliau dan saluran media sosialnya.
Shahril pula menarik balik saman fitnahnya terhadap Rafizi, dan sebagai balasan, Rafizi bersetuju untuk tidak membuat sebarang kenyataan lanjut berhubung perkara berkaitan, secara langsung atau tidak langsung.
Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyatakan bila penyelesaian tercapai dan butirannya.
Menurut mereka, kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak memanjangkan isu dan SEB, yang kini syarikat berkaitan kerajaan, tumpu pada usaha transformasi serta aktiviti perniagaannya.
Kedua-dua pihak selanjutnya mengakui kenyataan dibuat Rafizi, yang membawa kepada saman fitnah itu, adalah sebagai tindak balas terhadap kenyataan bekas perdana menteri, Najib Razak.
“Pihak-pihak selanjutnya mengakui bahawa kenyataan dibuat Rafizi yang membawa kepada saman fitnah adalah sebagai tindak balas kepada kenyataan Najib Razak.
“Memandangkan Najib bukan lagi perdana menteri, diakui bahawa tiada keperluan untuk mempolitikkan lagi isu berkaitan SEB,” menurutnya.