
Presidennya, Mohd Effendy Abdul Ghani, berkata pelaksanaannya wajar diberi perhatian serius oleh kerajaan memandangkan banyak kes tuntutan faedah di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Akta 4) oleh pekerja telah ditolak berikutan ia tidak diiktiraf sebagai bencana kerja.
“Perlindungan yang holistik dan komprehensif di luar waktu bekerja seperti ini perlu diperkenalkan seiring dengan hasrat kerajaan yang komited dalam memperkasakan kesejahteraan rakyat meliputi pelbagai golongan.
“Kita perlu berganding bahu agar diwujudkan satu lagi skim keselamatan sosial yang khusus dengan skop perlindungan yang lebih luas luar waktu bekerja.
“Ia berupaya memberi perlindungan menerusi bayaran pampasan untuk rawatan perubatan, gantian pendapatan, dan sokongan kewangan kepada mereka yang terjejas,” katanya dalam kenyataan.
Sebanyak 1,631 kemalangan jalan raya direkodkan dengan 18 individu maut sejak Op Selamat sempena perayaan Aidilfitri dilancarkan polis antara 1 Apr dan 10 Apr lalu.
Beliau menegaskan polemik itu perlu dinoktahkan dengan SKBBK, seiring dengan hasrat Malaysia menjadi negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand, Sweden dan Norway menjelang tempoh lima hingga lapan tahun dari sekarang.
“Ia jelas menunjukkan kesediaan Malaysia untuk mengadaptasi amalan terbaik dalam menyediakan perlindungan pekerja komprehensif yang tidak hanya memberi manfaat kepada individu tetapi juga kepada ekonomi secara keseluruhan dengan mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh masyarakat,” katanya.