Letusan Gunung Ruang: 35 penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia batal

Letusan Gunung Ruang: 35 penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia batal

Penerbangan itu membabitkan perjalanan ke/dari Kuala Lumpur, Sabah, dan Sarawak.

Gunung Berapi Ruang yang terletak di ibu kota wilayah Manado, meletus lebih tiga kali sejak semalam. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) dan Airasia membatalkan beberapa penerbangan ke/dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Sabah dan Sarawak hari ini berikutan letusan Gunung Ruang, Indonesia.

Malaysia Airlines menjelaskan penerbangannya yang terjejas ialah MH7420 (Kuala Lumpur-Tawau), MH7421 (Tawau-Kuala Lumpur), MH2612 (Kuala Lumpur-Kota Kinabalu), MH2621 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur), MH2710 (Kuala Lumpur-Sandakan), MH2711 (Sandakan-Kuala Lumpur).

MH2610 (Kuala Lumpur-Kota Kinabalu), MH2611 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur), MH7404 (Kuala Lumpur-Kota Kinabalu), MH7405 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur), MH2613 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur).

Penerbangan ke/dari Sarawak yang terjejas ialah MH2520 (Kuala Lumpur-Kuching), MH2513 (Kuching-Kuala Lumpur), MH2542 (Kuala Lumpur-Kuching), MH2543 (Kuching-Kuala Lumpur), MH2574 (Kuala Lumpur-Miri), MH2575 (Miri-Kuala Lumpur), MH2742 (Kuala Lumpur-Bintulu) dan MH2473 (Bintulu-Kuala Lumpur)

Syarikat itu berkata pihaknya telah memaklumkan pembatalan penerbangan kepada penumpang terbabit, sambil menjelaskan penerbangan alternatif akan ditawarkan apabila keadaan bertambah baik.

Bagi penerbangan AirAsia yang terjejas pula ialah AK5746 (Kuala Lumpur-Tawau), AK5747 (Tawau-Kuala Lumpur), AK9746 (Kuala Lumpur-Tawau), AK9747 (Tawau-Kuala Lumpur), AK5748 (Kuala Lumpur Tawau), AK5749 (Tawau-Kuala Lumpur), AK5744 (Kuala Lumpur-Tawau) dan AK5745 (Tawau-Kuala Lumpur).

Turut terjejas penerbangan AK6260 (Kota Kinabalu-Tawau), AK6261 (Tawau-Kota Kinabalu), AK6266 (Kota Kinabalu-Tawau), AK6267 (Tawau-Kota Kinabalu), AK6268 (Kota Kinabau-Tawau), AK6269 (Tawau-Kota Kinabalu), AK6264 (Kota Kinabalu-Tawau) dan AK6265 (Tawau-Kota Kinabalu).

Sekurang-kurangnya 800 penduduk di Wilayah Sulawesi Utara dipindahkan susulan Gunung Ruang meletus.

Gunung berapi yang terletak di Pulau Ruang, kira-kira 100 kilometer dari ibu kota wilayah Manado, meletus lebih tiga kali sejak semalam.

Pulau Ruang adalah rumah kepada 838 penduduk, kebanyakan mereka dipindahkan ke Pulau Tagulandang terdekat.

Indonesia terletak di kawasan Lingkaran Api Pasifik, kawasan aktiviti seismik tinggi yang terletak di atas beberapa plat tektonik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.