6,034 guru kontrak mula tugas 15 Apr

6,034 guru kontrak mula tugas 15 Apr

Seramai 1,858 calon ditempatkan di sekolah menengah manakala baki 4,176 orang di sekolah rendah.

Kementerian Pendidikan berkata penempatan guru baharu COS dibuat berdasarkan kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan serta keperluan opsyen atau mata pelajaran.
PETALING JAYA:
Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan penempatan seramai 6,034 guru baharu Lantikan Secara Kontrak (COS) di seluruh negara bermula 15 Apr lalu.

KPM dalam kenyataan berkata, daripada jumlah itu seramai 1,858 calon ditempatkan di sekolah menengah manakala baki 4,176 orang di sekolah rendah.

“Penempatan guru baharu COS dibuat berdasarkan kepada tiga prinsip asas iaitu kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan serta keperluan opsyen / mata pelajaran semasa di sekolah.

“KPM ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) atas lantikan guru baharu COS bagi memenuhi keperluan semasa di sekolah-sekolah seluruh negara,” menurut kenyataan itu.

KPM berkata pihaknya akan terus bekerjasama erat dengan SPP bagi memastikan isu kekurangan guru dapat diatasi.

Pada Februari lalu, Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata seramai 6,394 pegawai perkhidmatan pendidikan atau 1.49% daripada jumlah perjawatan guru diluluskan untuk bersara pilihan sepanjang tahun lalu.

Katanya, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya iaitu 5,306 atau 1.23% daripada jumlah keseluruhan pengisian guru.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.