
Tarikh itu ditetapkan hari ini susulan pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof.
Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustafa P Kunyalam mengesahkan perkara itu kepada Bernama.
Najib membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 Ogos lalu yang mengetepikan permohonan beliau menggugurkan Sequerah daripada mendengar kes perbicaraannya, selepas hakim itu mendedahkan bahawa dia dan peguam kanan 1MDB Jasmine Loo Ai Swan pernah berkhidmat di sebuah firma undang-undang bersama.
Dalam mengetepikan permohonan Najib, Sequerah yang kini hakim Mahkamah Rayuan, berkata sejak Loo meninggalkan firma berkenaan pada Disember 2008, beliau tidak pernah berkomunikasi dengan Loo, sama ada secara profesional atau peribadi.
Loo telah memberi keterangan dalam perbicaraan yang sedang berlangsung, sebagai saksi ke-50.
Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama.
Perbicaraan bersambung 22 April.