
Mengulas penampakan kapal pengawal pantai China berhampiran Terumbu Sahap, Sarawak, oleh sekumpulan nelayan tempatan minggu lalu, Khaled berkata Tentera Laut melaksanakan pemantauan selama 24 jam.
Menurutnya, pengawasan termasuk di Selat Melaka, Laut China Selatan, Laut Sulawesi dan Laut Sulu.
“Ini untuk kesan kalau ada (kejadian) luar biasa atau kapal perang dari negara lain.
“Laluan China Selatan adalah kawasan bebas dilalui sesiapa. (Namun) apabila ‘parking’…kapal negara asing itu boleh dianggap menceroboh,” katanya selepas melawat tapak projek Sasar Sungai Besi.
Khaled berkata, kehadiran pasukan tentera itu penting untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.
“Kalau mereka tak ada (bimbang) jadi macam Batu Puteh.”
Sebelum ini, media melaporkan kehadiran sebuah kapal pengawal pantai China yang didakwa menghampiri bot nelayan Malaysia berhampiran Terumbu Sahap.
Khaled berkata, jika berlaku pencerobohan pihaknya akan memaklumkan kepada Wisma Putra untuk tindakan selanjutnya.